Kes JANS: SPRM Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Ahad, 30 Julai 2017 2:46 PM

SPRM
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat satu laporan polis ekoran terdapat dakwaan kononnya suruhanjaya tersebut telah mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang disebarkan di media sosial.

Laporan tersebut telah dibuat oleh seorang pegawai SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kira-kira pukul 10 pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Jelas beliau, SPRM memandang serius perkara ini dan menggesa polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang menyebarkan maklumat tidak sahih.

"Dakwaan seperti ini bukan saja mengelirukan orang ramai dan menjejaskan imej SPRM, tapi ia turut boleh menjejaskan proses pendakwaan kes berkenaan," ujarnya.

Pada Sabtu, satu akaun Facebook yang menggunakan nama Cikgu Aming telah memuatnaik laporan portal yang bertajuk 'SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah'.

Susulan itu, SPRM turut mengeluarkan kenyataan media rasmi pada Ahad bagi menafikan dakwaan tersebut dan menganggap perkara itu sebagai mengelirukan masyarakat.

Jelas kenyataan itu lagi, faktanya, pada 29 Disember 2016, tiga individu termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram dan sebutan kes tersebut telah ditetapkan pada 8 Ogos 2017.

Tags / Kata Kunci: SPRM , laporan polis

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan