Mukhriz Gagal Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap PM

Diterbitkan: Khamis, 27 Julai 2017 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Notis permohonan ex-parte itu difailkan Mukhriz untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Najib atas dakwaan mengeluarkan kenyataan dalam blognya berhubung perbicaraan kes saman difailkan Mukhriz terhadap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati Mukhriz gagal untuk membuktikan wujudnya keadaan prima facie dalam permohonan tersebut.

Ahmad Zaidi dalam penghakiman ringkasnya berkata kenyataan yang dimuat naik oleh perdana menteri di dalam blognya pada 7 Julai lepas, enam hari sebelum perbicaraan kes yang ditetapkan pada 13 Julai, tiada kaitan dengan perbicaraan kes saman berkenaan.

“Saya telah membaca blog perdana menteri dan mendapati tidak ada dalam mana-mana kenyataan itu merujuk kepada pernyataan tuntutan dalam kes saman fitnah dikemukakan Mukhriz terhadap Tengku Sarifuddin.

“Mahkamah juga mendapati tidak ada perkataan dalam kenyataan itu yang merujuk kepada perbicaraan kes saman di mahkamah dan orang yang membaca blog, tidak akan membuat rumusan bahawa kenyataan yang dikeluarkan perdana menteri itu menyentuh perbicaraan kes saman yang sedang berjalan,” katanya.

Hakim itu berkata mahkamah juga mendapati kenyataan dalam blog itu tidak memberi tekanan atau bebanan kepada mahkamah untuk membuat keputusan dalam kes saman tersebut.

Katanya mahkamah juga mendapati terdapat perbezaan dalam kenyataan Najib yang dimuat naik dalam blog berkenaan dan dua kenyataan media dalam pernyataan tuntutan  difailkan  Tengku Sarifuddin, yang didakwa mengandungi unsur fitnah.

“Plaintif (Mukhriz) dengan ini gagal menunjukkan bahawa beliau berhak untuk diberi kebenaran untuk memulakan prosiding seterusnya. Oleh itu, mahkamah menolak permohonan kebenaran tanpa sebarang kos,” katanya.

Pada 13 Julai lepas, Mukhriz yang juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  dan anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Hitam, Kedah itu memfailkan permohonan ex-parte terhadap Najib atas dakwaan perdana menteri itu membuat satu kenyataan pada 7 Julai lepas di blog miliknya, di mana antara kandungannya secara jelas merujuk kepadanya (Mukhriz) dan berbentuk kenyataan yang dicabar sebagai menghina dan mencampuri urusan mahkamah.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, mewakili Mukhriz memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan hari ini. Perdana menteri diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 6 Okt untuk mendengar satu lagi permohonan ex-parte difailkan Mukhriz terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Pada 18 Julai lepas, Mukhriz  turut memfailkan permohonan ex-parte terhadap Ab Aziz atas dakwaan mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan di dalam Sinar Online pada 15 Julai lepas membabitkan perbicaraan saman fitnah berkenaan, yang didakwa menghina mahkamah.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Mukhriz , Najib

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan