Dipenjara Akibat Pelawaan ‘Hello Sir, You Want Sex...’

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat pelawaan "Hello sir you want sex, only RM180" kepada seorang anggota polis, seorang wanita warga Uganda dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin.

Wanita itu mengaku bersalah membuat tawaran itu kepada Koperal Rohaizad Yahya dalam ungkapan Inggeris yang bererti “Hello tuan, anda kepingin seks, hanya RM180” di kaki lima, di hadapan sebuah hotel, Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, pada 5.55 pagi, 9 Jun lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som memerintahkan Husinah Namakula, 25, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada tarikh yang sama.

Dia yang memakai baju gaun ketat warna jingga paras peha didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung ibunya yang sakit di Uganda. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: wanita Uganda , hukuman penjara

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan