Mengaku Salah Lakukan Seks Luar Tabii Anak Tiri

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 3:58 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang penjaga kolam udang  mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas lima pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas dua anak tiri lelakinya yang berusia 11 dan tujuh tahun.

Tertuduh berusia 24 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Khalid Ab Karim.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan itu antara  April 2016 hingga 12 Julai tahun ini di empat lokasi berbeza di sekitar Mersing.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan 3 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Mahkamah juga tidak membenarkan ikat jamin memandangkan tertuduh masih mempunyai hubungan dengan isteri yang juga ibu kepada dua mangsa.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: seks luar tabii , anak tiri

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan