Rasuah: CEO Zakat PP Didakwa Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan rasuah, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas pertuduhan sama.

Datuk Azman Abdul Samat, 50, yang juga Pengurus Besar ZPP mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima seutas jam tangan jenama Cerutti bernilai RM1,280 daripada pemilik Syarikat Safa Murni Enterprise yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di Pusat Latihan Zakat (Pulaza), dekat sini pada Februari lepas.

Azman didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Ghazali Muhammad Nadzri menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Mohamed Reza Rahim yang mewakili Azman kemudiannya memohon mahkamah  mengurangkan jaminan RM2,000 iaitu jumlah jaminan yang sama diberikan oleh hakim Mahkamah Sesyen Butterworth.

Hakim Norsalha Hamzah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes.

Rabu lepas, Azman dan seorang pegawai kanan ZPP mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas beberapa pertuduhan rasuah antara 2010 dan 2015.
-- Bernama 
Tags / Kata Kunci: CEO Zakat , Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan