Timbalan KP JPJ Didenda Pandu Di Laluan Kecemasan

Diterbitkan: Selasa, 18 Julai 2017 3:05 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob mengaku bersalah di mahkamah kerana memandu di laluan kecemasan.

Hakim Mahkamah Majistret Putrajaya, Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 terhadap Yusoff atau penjara tujuh hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Yusoff, 58, didakwa melakukan kesalahan itu semasa memandu kereta dengan nombor pendaftaran BLY69 pada 7 Oktober 2016 pada pukul 6.27 petang di Lingkaran Putrajaya.

Kesalahan itu melanggar Peraturan 53 (1) Peraturan Lalulintas 1959, dan oleh itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 119(1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Bagaimanapun, Yusoff tidak hadir di mahkamah sebaliknya diwakili oleh pegawai khasnya.

Pendakwa raya JPJ Selangor, Mohd Hafizuddin Mohd Lutfi dan Rahalim Mohamed.

Pengakuan bersalah direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Nik Isfahanie Tasnim.


Tags / Kata Kunci: JPJ , Yusoff Ayob

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan