Curi Kosmetik: Bon Kelakuan Baik Lima Beranak Kekal

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menasihati seorang ibu bersama tiga anak dan menantu perempuannya yang  mencuri pelbagai produk kosmetik pada bulan Ramadan tahun lepas, supaya bertaubat atas kesalahan yang mereka lakukan itu.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki yang mengetuai panel tiga hakim juga berharap supaya kesalahan itu menjadi pengajaran kepada semua wanita itu iaitu Rohaya A Rahman, 58, bersama anaknya, Noriza Che Abdullah, 39,  Maimunah, 27, dan Nurul Fatihah, 20, serta menantunya, Zariah Zakaria, 38.

“Ini adalah satu peluang yang Allah bagi kepada awak. Saya  harap awak semua bertaubat , semua dah cantik-cantik, nak mencuri buat apa,” kata Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk  Seri Zakaria Sam dan Datuk Kamardin Hashim.

Panel itu kemudiannya mengekalkan  hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap semua wanita itu kerana mencuri 17 barangan kosmetik pelbagai jenama bernilai RM2,171.50.

Sebelum ini mereka dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan  bantahan awal yang dibangkitkan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili kesemua wanita itu terhadap rayuan pihak pendakwan.

Panel itu kemudiannya membatalkan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman dan perintah Mahkamah Tinggi itu.

“Kami sebulat suara bahawa kegagalan pihak pendakwa memplidkan isu undang-undang  dalam rayuan adalah satu kegagalan yang “fatal”,” kata Hakim Mohtarudin.

Pihak pembelaan membangkitkan bantahan awal terhadap rayuan pendakwaan  atas alasan pihak pendakwaan tidak memplidkan isu undang-undang dalam rayuan itu.

Selepas keputusan itu kesemua wanita itu menangis sambil berpelukan antara mereka. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke.

Pada 21 Jun tahun lepas, Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor menjatuhi hukuman penjara tiga tahun terhadap kesemua wanita itu selepas mereka mengaku bersalah mencuri barangan kosmetik itu  di sebuah kedai produk kesihatan dan kecantikan di Taman Anggerik di Bandar Tenggara, Kota Tinggi pada 11.40 pagi, 17 Jun 2016.

Mereka didakwa  mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun  sama yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh dipenjara dengan denda atau sebatan.

Bagaimanapun mereka merayu di Mahkamah Tinggi yang kemudiannya menjatuhi hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun.

Semasa di Mahkamah Majistret itu seorang daripada wanita itu sedang mengandung enam bulan.-- Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan