Lanjutan Reman Pembantu Adun DAP Ditolak

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 3:06 PM

Pembantu kepada Adun DAP diiring ke mahkamah.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP yang didakwa mencabul seorang pelajar kolej berusia 21 tahun, dibebaskan pada Sabtu selepas mahkamah menolak permohonan lanjutan reman.

Pembantu berusia 50 tahun yang juga bekas ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang ditahan pada Khamis lalu dan direman selama dua hari.

Perintah reman berakhir pada Sabtu.

Insiden dikatakan berlaku di kawasan parkir di sebuah premis hiburan di Beach Street pada malam 6 Julai lalu.

Pelajar yang membuat laporan polis keesokan harinya mendakwa lelaki berkenaan yang mabuk bertindak memeluk dan menciumnya beberapa kali sebaik sahaja mereka memasuki kereta.

Mangsa turut mendakwa suspek berusia dalam lingkungan 40an itu memegang bahagian kemaluannya.

Malah dakwanya, suspek membuka zip seluar dan meminta mangsa melakukan seks oral dan mula melakukan onani.

Mangsa juga mendakwa lelaki berkenaan menawarkan antara RM500 dan RM700 untuk bermalam bersamanya tetapi dia enggan berbuat demikian dan merayu supaya menghentikan perbuatannya.

Peguam yang mewakili suspek iaitu Gnasegaran Egamparam berkata, anak guamnya telah memberi kerjasama dengan polis.

"Kami pergi ke ibu pejabat polis daerah pada Khamis di atas permintaan penyiasat. Anak guam saya mahu siasatan yang adil," katanya.


iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan