Mukhriz Mengaku Mahathir, Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 9:50 PM

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir pada Khamis mengaku bahawa bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri.

“Saya bersetuju bahawa ayahanda saya telah berusaha untuk menjatuhkan Najib dan rancangan itu bukan bermula pada tahun 2015 tetapi lebih awal lagi iaitu tahun 2014,” katanya dalam keterangan di Mahkamah Tinggi di sini Khamis.

Mukhriz, 52, yang juga timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjawab pertanyaan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam pemeriksaan balas perbicaraan kes saman fitnah difailkan Mukhriz terhadap Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad selaku defendan.

Disoal peguam itu sama ada beliau bersetuju adanya komplot antara Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri dengan  Muhyiddin  untuk menjatuhkan Najib, Mukhriz berkata: “Saya tidak mahu menggunakan perkataan komplot, tetapi mereka mempunyai tujuan yang sama”.

Mukhriz yang merupakan plaintif dalam kes saman itu berkata perkara tersebut  telah diketahui umum khususnya rakyat Malaysia dan ia tersebar di media sosial dan media arus perdana.

Beliau, yang mengaku telah bertanding jawatan naib presiden Umno semasa masih berada dalam parti itu, bersetuju dengan cadangan Jahaberdeen bahawa dalam politik Umno jawatan naib presiden adalah penting yang dianggap sebagai kunci untuk menjadi perdana  menteri.

Mukhriz juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa semasa dalam Umno beliau telah juga bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda Umno dan menang, bertanding untuk Ketua Pemuda Pergerakan Umno tetapi kalah dan bertanding untuk jawatan Naib Presiden Umno tetapi juga kalah.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Ayer Hitam, Kedah itu berkata beliau tiada niat menjadi perdana menteri semasa bertanding jawatan naib presiden Umno itu.

Terdahulu Mukhriz dalam pernyataan saksinya  yang dikemukakan di mahkamah, berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh defendan (Tengku Sharifuddin) telah menyebabkan reputasinya tercalar dan masyarakat memandang serong kepadanya.

Mukhriz yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla merupakan saksi pertama memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes saman itu.

Mukhriz memfailkan saman itu pada 3 Mei 2016 kerana mendakwa bahawa Tengku Sharifuddin telah mengeluarkan dua kenyataan yang berbaur fitnah terhadap beliau pada April, tahun lepas.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Dr Mahathir dan Muhyiddin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung Jumaat.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Mukhriz , Mahathir , Muhyiddin , Najib Razak

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan