Ustaz Warga Indonesia Curi Barang Kemas, Dipenjara

Diterbitkan: Jumaat, 7 Julai 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menjadikan alasan ingin 'memagar' rumah pesakit daripada gangguan makhluk halus, seorang ustaz warganegara Indonesia yang mencuri barang kemas milik pesakitnya dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Santoso, 28, setelah dia mengaku bersalah mencuri antaranya rantai, subang dan gelang emas yang bernilai RM20,000 milik Norhayati Ujang, 48.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh ditangkap pada 22 Mac lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Vista Pinggiran, Jalan Pinggiran Putra 1, Seksyen 2, Bandar Putra Permai, Serdang, di sini pada Oktober 2016.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, hendaklah dipenjara dan denda atau sebat, jika sabit  kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara mengambil kira faktor tertuduh menggunakan alasan ingin merawat pesakit sebaliknya dia telah mencuri.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga dan menjaga ibu bapa yang sudah tua di Indonesia.

Terdahulu, mengikut fakta kes, mangsa telah berkenalan dengan seorang ustaz (tertuduh) yang mendakwa dirinya pandai mengubati penyakit dan menghalau mahkhluk halus.

Mangsa lalu mengupah lelaki tersebut memagari rumahnya daripada gangguan mahkluk halus dan ketika melakukan ritual tersebut, wanita itu ada terlihat tertuduh membuka laci-laci di dalam biliknya tetapi menganggap ia sebahagian daripada ritual itu.

Namun wanita itu kemudiannya mendapati barang kemasnya hilang dan terus membuat laporan polis.

Tertuduh berjaya ditangkap lima bulan kemudian.  -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Santoso , Vista Pinggiran

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan