NFCorp: Shamsubahrin Lepas Bebas

Diterbitkan: Rabu, 5 Julai 2017 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail melibatkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas meneliti rekod rayuan bertulis dan hujahan lisan pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan.

Azman berkata sebelum kes bermula pihak pendakwaan dan pembelaan telah mengemukakan persetujuan (dokumen) iaitu ‘Pengakuan Fakta Secara Formal' dan ‘Fakta-Fakta Dipersetujui' yang menafikan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengenali Shamsubahrin.

"Ia juga menyatakan Dr Mahathir tidak pernah meminta perayu membantu Mohamad Salleh atau NFCorp pada bila-bila masa dan pindaan oleh mahkamah dalam pertuduhan yang menyatakan perayu (Shamsubahrin) disuruh oleh Dr Mahathir bagi membantu Mohamad Salleh adalah tidak benar," kata Azman.

Sehubungan itu katanya isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan atas sabitan itu memprejudiskan perayu dan memutuskan bahawa kesemua sabitan bersalah atas pertuduhan-pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) oleh hakim Mahkamah Sesyen digantikan dengan perintah lepas dan bebas.

Shamsubahrin, 51, merayu atas sabitan bersalah dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini namun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan silang bagi menambah hukuman yang telah dijatuhkan.

Pada 30 Disember 2011, Shamsubahrin didakwa terhadap lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta dan pada 18 Jun 2012 dia didakwa terhadap 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Dia didakwa menipu iaitu menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat dengan menyatakan dia disuruh oleh Dr Mahathir untuk membantu Mohamad Salleh dan menawarkan untuk menjalankan kerja-kerja konsultan bernilai RM2.75 juta sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Pada 18 Mei 2015, Shamsubahrin dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen serta penjara antara enam bulan sehingga lima tahun bagi 17 pertuduhan mengikut akta AMLATFA.

Shamsubahrin juga diperintah membayar penalti RM611,895.94 mengikut Seksyen 55(2) AMLATFA bagi sejumlah harta yang dilesapkan dan membayarnya dalam tempoh tiga bulan.

Terdahulu selesai prosiding, Shamsubahrin yang memakai kot berwarna biru gelap berpelukan dengan adik perempuannya dan mereka dilihat menangis kegembiraan dan kemudian bercakap dengan media.

"Alhamdulillah atas keputusan mahkamah, keputusan yang dibuat hakim adalah keputusan yang telus, tidak berunsur politik, alhamdulillah..," kata Shamsubahrin sambil mengesat air mata.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi manakala Shamsubahrin diwakili peguam Gobind Singh Deo.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Shamsubahrin , NFCorp

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan