Cuba Rasuah Polis, Lelaki Dipenjara, Denda RM10,000

Diterbitkan: Ahad, 2 Julai 2017 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki yang cuba memberi rasuah RM1,000 kepada anggota polis membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, Ahad.

Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan tertuduh, Amir Khairi Hirman Mansor, 22, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh yang bekerja sendiri, didakwa memberi wang tersebut kepada Koperal Carsten Wilson sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditahan setelah hasil ujian air kencing menunjukkan tertuduh positif dadah jenis methamphetamine.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Manirdi sini pada 10 Februari 2016, kira-kira2.55 petang.

Bagi kesalahan itu, Amir Khairi Hirman didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimun penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Amir Khairi , Carsten Wilson

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan