Lans Koperal Dituduh Terlibat Aktiviti Keganasan

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 4:20 PM

Seorang polis dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan, termasuk menyembunyikan maklumat mengenai keganasan. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang polis berpangkat lans koperal berusia 30 tahun dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan, termasuk menyembunyikan maklumat mengenai keganasan.

Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan mengarahkan Lans Koperal Mustaza Abdul Rahman untuk membuat pembelaan terhadap tiga tuduhan tersebut kerana pihak pendakwa telah membuka kes prima facie terhadapnya.

"Tertuduh gagal memberi maklumat (keganasan) kepada pegawai atasannya. Seorang pakar berkata, bai'ah (ikrar kesetiaan) adalah bukti sokongan terhadap kumpulan militan," kata hakim.

Mustaza didakwa memberikan sokongan ke atas aktiviti keganasan melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk menyebarkan ideologi menerusi aplikasi Telegram.

Kesalahan itu dilakukan di Unit G7-1-1 Blok Iksora, Pangsapuri Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, antara 28 dan 29 Jun tahun lepas.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa mempunyai maklumat mengenai kesalahan yang berkaitan dengan keganasan tetapi menyembunyikan maklumat tersebut daripada pegawai atasannya sedangkan dia diwajibkan berbuat demikian oleh undang-undang.

Suspek didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara April dan 29 Julai 2016.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan militan Daesh dengan mengesahkan kesetiaannya (bai'iah) menerusi aplikasi Telegram dalam  kumpulan sembang, "Gagak Hitam".

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat yang sama pada pukul 12.25 pagi, 30 Mac 2016.

Mahkamah menetapkan 24 dan 25 Julai untuk sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Faizal Rahman.

Tags / Kata Kunci: Daesh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan