Guna Duit Palsu Dari Kedai Permainan Beli Makanan

Diterbitkan: Rabu, 21 Jun 2017 4:42 PM

Contoh duit RM100 yang digunakan suspek untuk membeli makanan. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja pendawaian elektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menggunakan wang palsu untuk membeli makanan di dua buah kedai makan, minggu lepas.

Hairul Anuar Badruddin, 31, didakwa telah menggunakan mata wang palsu sebagai tulen sebanyak dua keping RM100, walaupun mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa wang itu sebagai palsu.

Dia dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu di Kedai Nasi Lemak Ayam Goreng Crunchy di Jalan Kosas 1/3, Taman Kosas, Ampang Jaya, di sini pada 5.59 petang, 13 Jun lalu dan di Restoran Abdullah Maju, Taman Kosas, di sini, pada 3.04 petang, hari yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Lapor Bernama, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang wang jaminan bagi kedua-dua pertuduhan.

Ketika ditanya Hakim Azrul Darus di mana tertuduh memperolehi wang itu, tertuduh memberitahu dia mendapat wang itu selepas memenangi permainan di sebuah kedai permainan video namun tidak mengetahui wang itu adalah palsu.

"Saya tak tahu duit itu duit palsu, saya tak pernah tengok duit palsu. Saya dapat dari kedai permainan.. saya menang dalam kedai, mereka bagi duit palsu.

"Saya tak tahu bentuk duit palsu, macam mana rupa..saya guna duit tu buat beli makanan," katanya yang merayu mahkamah membenarkan jaminan kerana dia menyara isteri, tiga anak, ibu dan adik.

Mahkamah membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin masing-masing RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: duit palsu

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan