Pemandu Treler Didakwa Sebabkan Lapan Kematian

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 3:54 PM

Pemandu treler, Norzailan Omar (kiri)dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JELEBU: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Km25 Jalan Bahau-Keratong di Jempol Ahad lepas,  dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan lapan orang maut.

Norzailan Omar, 44,  mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Tertuduh didakwa memandu treler secara berbahaya tanpa mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas di atas jalan raya yang boleh dijangkakan atau mungkin ada di jalan itu, sehingga mengakibatkan kematian ke atas pemandu serta penumpang kenderaan di KM25, Jalan Bahau-Keratong, Jempol pada  2.20 petang  Ahad lepas.

Dia didakwa menyebabkan kematian Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52; Masnoraida M.Yussof, 44; Wan Mohd Muhaimin Wan Mohd Fauzi, 21;  Wan Nur Athira Wan Mohd Fauzi, 18;  Wan Muhammad Ammar Haziq Wan Mohd Fauzi, 13;  Wan Nur Aleesya Wan Mohd Fauzi, 7; Osman Mohamed Taip, 31 dan Rosniza Othman, 32.

Tertuduh didakwa mengikut  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun, atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000,  serta lesen memandu diendors dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dari tarikh sabitan dan dalam hal sabitan kali kedua atau kemudian, hilang kelayakan selama tempoh 10 tahun dari tarikh sabitan

Lesen memandu Norzailan juga digantung sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap pertuduhan.Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri Nik Azhan Hakim Nik Mahmood memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin memandangkan ia merupakan kesalahan yang serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan hendak menyambut Aidilfitri serta hendak membayar duit rumah.

Majistret Mohamad Redza Azhar menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin serta pasport dan lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Bahau.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.Dalam kejadian Ahad lepas, kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler menyebabkan lapan orang daripada dua keluarga terkorban manakala seorang lagi cedera.

Nahas itu menyebabkan Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga, terbakar sepenuhnya dan kesemua mangsa ditemukan rentung.

Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua MyVi iaitu Osman dan Rosniza,  manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3,  mengalami kecederaan.

Kemalangan yang melibatkan empat kenderaan itu, dipercayai berpunca daripada tindakan treler yang cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal.

Pemandu treler dan pemandu Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Pemandu treler , kemalangan maut

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan