Enam Penuntut UPNM Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 8:28 PM

Sebahagian daripada 13 penuntut UPNM dihadapkan di Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan mencederakan rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dengan tujuan memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba. Enam yang lain didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba tersebut. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali, kesemuanya berumur 21 tahun.

Lima daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin dan Mohamad Shobirin didakwa bersama-sama membunuh Zulfarhan Osman, 21, di Bilik 04-10, Blok penginapan asrama Jebat UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, di sini antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Abdoul Hakeem pula dituduh bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama-sama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Kesemua tertuduh yang kelihatan tenang mengangguk dan berkata "faham puan" selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua mahasiswa itu kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk sebutan semula bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Hampir 50 anggota keluarga keenam-enam tertuduh hadir di mahkamah dan memenuhi galeri awam bagi mengikuti prosiding kes itu sehingga terpaksa duduk di atas lantai mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Ismail dan Abdoul Hakeem diwakili peguam Mohd Fadly Hashim manakala lima lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Zulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu, dipercayai akibat didera selepas dituduh mencuri komputer riba milik rakan.

Mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap.


Tags / Kata Kunci: UPNM , dakwa

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan