Kes Rasuah GLC, Tempoh Reman Dilanjut

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 3:06 PM

EMPAT individu bergelar 'Datuk' dibawa di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 11 Jun 2017 bagi mendapatkan lanjutan tempoh reman bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tempoh reman empat individu bergelar ''Datuk'' yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berakhir pada Ahad dilanjutkan enam hari lagi.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di mahkamah majistret di sini.

Sementara itu, sepasang suami isteri yang direman bersama empat ''Datuk'' terbabit bagi membantu siasatan kes sama, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10,000 masing-masing dengan dua penjamin.

Keenam-enam mereka merupakan pengerusi, setiausaha, bendahari yang masing-masing bergelar Datuk serta seorang anggota lembaga koperasi GLC dan isterinya yang merupakan penjawat awam selain seorang pemilik syarikat pembekal yang juga bergelar Datuk.

Kesemua mereka ditahan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas kerana disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka, yang menghasilkan komisen bernilai ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.

Susulan itu kesemua mereka direman selama lima hari bermula Rabu lepas dengan kes disiasat mengikut Sekysen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rasuah , GLC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan