Pemandu Uber Direman Empat Hari

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 2:52 PM

Paparan skrin yang diambil daripada insiden melibatkan seorang pemandu Uber dibelasah beramai-ramai pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemandu Uber yang didakwa mencabul seorang wanita Vietnam dan dipukul beramai-ramai oleh suami wanita berkenaan serta kawan-kawannya telah direman selama empat hari.

Suami penumpang itu dan dua rakannya turut direman untuk siasatan lanjut.

Perintah reman itu dibenarkan oleh timbalan pendaftar, Ahmad Tajudin Zain pada Khamis.

Pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 354/377D Kanun Keseksaan atas pertuduhan mencabul dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Pemandu Uber itu dibelasah oleh 10 orang dalam kejadian pada Rabu.

Mangsa mendakwa berada di dalam kereta yang dipandu pemandu yang sama pada Selasa ketika suspek menurunkan seluarnya dan menarik tangan wanita malang itu ke bahagian alat sulitnya.

Mangsa memaklumkan kepada suaminya mengenai kejadian itu dan pada Rabu, pasangan itu menjejaki suspek serta memukulnya sebelum bertanya tentang perkara sebenar.


Tags / Kata Kunci: Uber

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan