Rompak Stesen Minyak, Banduan Menangis Dipenjara 10 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merompak menangis selepas Mahkamah Sesyen Ampang, di sini, Khamis, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan atas kesalahan sama.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hafiszul Isa, 24, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan merompak wang tunai RM600.

Muhammad Hafiszul mengaku merompak dan mengambil wang tunai itu milik Syarikat GIMYQ Enterprise yang menguruskan stesen minyak Shell, di Jalan MRR2, Ampang yang berada dalam kawalan seorang juruwang warga Bangladesh, Mohammad Adam, 34, pada 4.45 pagi, 9 Julai tahun lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang memakai baju lokap berwarna merah menjalani hukuman itu selepas selesai menjalani hukuman sekarang yang akan tamat pada 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan alasan tertuduh menggunakan senjata iaitu kapak semasa merompak.

"Tertuduh mempunyai rekod lampau, tertuduh pernah melakukan jenayah sama di Klang, Selangor dan sudah dijatuhi hukuman. Satu hukuman berat perlu diberikan supaya dapat memberi pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat kerana kes rompak semakin berleluasa di negara ini," katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung ibu dan adik-adiknya yang masih bersekolah.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian Muhammad Hafiszul telah datang ke tempat kejadian dengan membawa sebilah kapak dan tukul lalu memecahkan pintu kaca hadapan stesen minyak tersebut.

Tertuduh kemudiannya masuk dan merompak dua unit ''cash drawer'' yang mengandungi wang tunai RM600 dan pada 27 Julai tahun lalu, dia berjaya ditangkap polis. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rompak , stesen minyak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan