Peguam Antara Tiga Lelaki Didenda Merokok Di Kawasan Larangan - Berita Mahkamah | mStar

Peguam Antara Tiga Lelaki Didenda Merokok Di Kawasan Larangan

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 4:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang peguam didenda antara RM750 dan RM900 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merokok di kawasan larangan, Kompleks Mahkamah di sini pada April lepas.

Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, 31, seorang peguam membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin dan didenda RM750.

Ridzuan Mohd Fauzi, 39, dan warga Filipina R.Guevara Cortez, 35, pula membuat pengakuan sama di hadapan Majistret Zuhair Rosli dan masing-masing didenda RM750 dan RM900 selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Mereka didakwa merokok di Sayap Kiri Aras 1 , Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang merupakan kawasan larangan merokok mengikut Peraturan 11(1)(h), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 10.35 pagi dan 10.45 pagi, 6 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 11(3), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun , jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dua Pegawai Pendakwa daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kepong, Wilayah Persekutuan Nurhuda Mohd Ramli dan Amirul Hisham Mohd Eisa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap ketiga-tiga lelaki itu sebagai pengajaran kerana merokok di kawasan larangan.

Mereka tidak diwakili peguam.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Wan Azwan Aiman , Kompleks Mahkamah
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan