LHDN Tarik Balik Kes Nelydia Senrose

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menarik balik kes terhadap pelakon Nelydia Senrose yang didakwa gagal mengemukakan borang cukai pendapatan.

Majistret P. Sarulatha memutuskan perkara itu selepas peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memaklumkan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, telah mengaku bersalah di peringkat LHDN dan membuat bayaran kompaun.

Sarulatha turut membenarkan permohonan LHDN untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Nelydia pada 12 April lepas kerana gagal hadir ke mahkamah.

Pelakon itu yang mula dikenali menerusi drama ‘Setia Hujung Nyawa’ bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada Rabu.

LHDN dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Nelydia menghadapi lima pertuduhan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Selain itu, pelakon itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

Jika sabit kesalahan, Nelydia boleh dihukum mengikut Seksyen 120(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Nelydia Senrose , LHDN

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan