Rasuah Di Melaka: Pegawai Polis Pangkat DSP Direman

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 12:35 PM

PEGAWAI kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) Melaka Tengah dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajaya pada 23 Mei 2017 untuk mendapatkan permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan kes kutipan rasuah untuk melindungi pusat-pusat judi haram dan pusat urut di sekitar negeri itu. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

Lelaki berusia 49 tahun itu, yang berpangkat Deputi Superintendan (DSP). merupakan individu yang ke-12 ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 29 Mei itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes berkenaan mengikut Sekyen 16 (a)(B) dan 17 (a) Akta SPRM 2009.

Lelaki itu yang ditahan di pejabatnya di Melaka kira-kira 12.30 tengah hari semalam dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira 9.10 pagi Selasa.

Pada Isnin, SPRM mendapat kebenaran untuk melanjutkan tempoh reman sembilan individu termasuk dua ketua polis daerah di Melaka selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Selain mereka, seorang koperal polis dan seorang orang awam turut direman berhubung kes sama.

Dalam kes berasingan, seorang bekas pembantu kerani di bahagian pemasaran dan jualan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman lima hari bermula hari ini sehingga 27 Mei dipercayai terbabit dengan perbuatan meminta dan menerima rasuah.

Nik Isfahanie mengeluarkan perintah reman tersebut selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membantu siasatan mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Lelaki tersebut yang berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari tiba di perkarangan mahkamah pada 9.45 pagi dan kelihatan menutup muka ketika melihat pengamal media yang sedang menunggu.

Lelaki berusia 40 tahun itu disyaki meminta dan menerima wang rasuah dianggarkan berjumlah RM86,000 daripada beberapa firma guaman sebagai upah bagi memastikan mereka dilantik pihak bank untuk menguruskan penyediaan dokumen perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah di bawah GLC tersebut.

Lelaki tersebut dipercayai terlibat perbuatan itu sejak beberapa tahun lalu sebelum meletak jawatan minggu lalu.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rasuah , Melaka

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan