Tiga Lagi Pegawai ZPP Direman

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 4:57 PM

Anggota SPRM membawa tiga lagi pegawai ZPP yang ditahan reman enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang dana zakat negeri. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga lagi pegawai Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP) ditahan reman selama enam hari bermula pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang zakat negeri.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret L. Umma Devi yang membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Pada Isnin, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban dalam kenyataan berkata, tiga pegawai lelaki itu yang berusia antara 33 dan 49 tahun, ditahan kira-kira 4.30 petang, Isnin di pejabat ZPP.

Jumlah itu menjadikannya 15 individu telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan tersebut.

Sebelum ini, SPRM Pulau Pinang menahan 12 suspek termasuk pegawai kanan dan tiga pegawai ZPP serta lapan kontraktor berusia antara 41 dan 52 tahun.

Dua pegawai ZPP telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang manakala lapan kontraktor turut dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang.

Bagaimanapun, tempoh reman bagi pegawai kanan ZPP dan seorang lagi pegawai badan itu disambung empat hari lagi bermula pada Isnin. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: ZPP , rasuah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan