Rasuah: Tempoh Reman Pegawai Imigresen Dilanjutkan

Diterbitkan: Isnin, 15 Mei 2017 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tempoh reman seorang pegawai kanan imigresen dilanjutkan selama tujuh hari lagi selepas disyaki terlibat dalam kes rasuah melibatkan jumlah kira-kira RM27.9 juta.

Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rusmini Mat Rashid pada Isnin membenarkan tempoh lanjutan reman terhadap pegawai itu sehingga 21 Mei ini.

Pegawai terbabit dipindahkan ke Jabatan Imigresen Padang Besar di Perlis dari Putrajaya pada awal tahun lalu.

Suspek didakwa memiliki lima buah kereta mewah termasuk sebuah kerea BMW X6, BMW 320i dan sebuah Toyota Vellfire, sebuah motosikal berkuasa tinggi BMW R1200 superbike, dan 13 jam tangan mewah serta 13 beg tangan berjenama.

Pegawai itu disiasat atas tuduhan mengambil rasuah untuk meluluskan permit kerja kira-kira 18,626 pekerja asing profesional dan berkemahiran ketika berkhidmat di Putrajaya.

Tags / Kata Kunci: Rasuah , Imigresen

iklan

Video

Jumaat, 26 Mei 2017 9:43 PM

"I Bukan Ambik Dadah... Dulu Yes!" - To'ki

Jumaat, 26 Mei 2017 4:30 PM

Sabhi Saddi Lepas Gian

Jumaat, 26 Mei 2017 3:00 PM

Anak Che Ta Pasang 'Bodyguard'

Jumaat, 26 Mei 2017 9:30 AM

#akuStar: Shaa - Pertama Kali

Khamis, 25 Mei 2017 5:27 PM

Mamat Si Buaya Tembaga Kesayangan Ramai

Khamis, 25 Mei 2017 4:48 PM

Apabila Ramli Sarip Buka Mulut

Khamis, 25 Mei 2017 12:52 PM

Shahz Jaszle Malu Jadi Gemuk

Khamis, 25 Mei 2017 9:00 AM

Kumpulan Masin Dah Berpecah?

Rabu, 24 Mei 2017 8:57 PM

Yuna Teruja Tercalon Anugerah BET

Rabu, 24 Mei 2017 3:00 PM

Sherry Ibrahim Merajuk?

Kolumnis

iklan

Iklan