Suami Isteri Tidak Mengaku Perdagang Lapan Remaja - Berita Mahkamah | mStar

Suami Isteri Tidak Mengaku Perdagang Lapan Remaja

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 4:05 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Ahad atas lapan pertuduhan melakukan eksploitasi terhadap lapan kanak-kanak dan remaja berusia antara 13 dan 16 tahun, Mac lepas.

Tertuduh, Muslim Ab Karim, 56, dan isterinya Zaleha Mohamad, 54, membuat pengakuan itu ketika kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa memperdagangkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di hadapan Bank Islam Jalan Mahmood di sini, pada pukul 11.35 malam 13 Mac lepas bagi maksud eksploitasi aktiviti yang menyalahi Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

Selain itu, Muslim dan Zaleha turut dituduh memperdagangkan empat lagi remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun dan tiga remaja perempuan berusia 14 dan 16 tahun di PT 4650 Taman Firdaus SBJ, Jalan Raja Zainab II, Panchor di sini pada pukul 12.25 pagi 14 Mac lepas bagi maksud eksploitasi aktiviti yang menyalahi Seksyen 3 Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum tiga tahun dan maksimum 20 tahun serta denda.

Hakim Nazri menetapkan 11 Jun depan untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Kedua-dua tertuduh yang juga pengerusi dan bendahari Pusat Latihan Amal Bestari, Yan, Kedah sebelum ini turut dituduh atas beberapa kesalahan sama di Mahkamah Sesyen Ipoh, Raub dan Kuantan sejak minggu lepas.

Difahamkan kanak-kanak dan remaja terbabit digunakan untuk menjual pelbagai produk ubat-ubatan serta kalendar Islam. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: perdagang remaja
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan