Pengurus Hotel Mengaku Tidak Salah 'Dagang' Empat Wanita

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 4:16 PM

Seorang pengurus hotel Ling Ong Weng, 34, (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Thailand sejak 2014, bagi maksud eksploitasi seksual.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pengurus hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Thailand bagi maksud eksploitasi seksual, sejak 2014.

Tertuduh, Ling Ong Weng, 34, didakwa memperdagangkan Nutsara Hemman, Nipaporn Sananmueang, Sirikon Maitoklang dan Patcharin Polkan yang berumur antara 23 dan 43 tahun bagi maksud eksploitasi seksual.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Ritz Garden Hotel, Garden Reflexology, Tingkat 1, Lot 5260 dan 5261, Jalan Lumut, Seri Manjung pada 9.35 malam, dari 2014 hingga 20 Jan 2017.

Pertuduhan ke atas Ling dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norashima Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Mei.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh diwakili peguam Kartini Mansor.

Di mahkamah sama, pasangan suami isteri, Lee Wai Keong, 41, dan Ho Siew Hong, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memperdagangkan manusia bagi tujuan eksploitasi buruh paksa iaitu menggunakan kekerasan terhadap dua wanita warga Indonesia.

Kedua-dua tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap Layam, 32, dan Leonardo Davincie, 28, di Restoran Fancy Mee, No 1, Taman Lekir Baru, Jalan Raja Omar, Sitiawan antara 2 Mei 2015 dan 3 Mac lepas.

Kedua-dua pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Norashima kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi.  -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Atipsom , Nutsara Hemman , Ritz Garden Hotel

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan