Bekas Pengurus Besar Kanan MAHB Didakwa

Diterbitkan: Jumaat, 5 Mei 2017 2:26 PM

Md. Shamsuri berkemeja hitam dan diiringi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar kanan di Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini selepas melakukan jenayah salah guna kuasa dengan membuat tuntutan perubatan palsu yang tidak dibiayai oleh syarikat tersebut.


Md Shamsuri Md Isa, 40, didakwa melakukan kesalahan itu dengan menerima rawatan pembedahan gastrektomi laparoskopik lengan bernilai RM43,693.55 di Pusat Perubatan Prince Court Sdn. Bhd. pada 19 Disember 2015.


Md Shamsuri yang mengaku tidak bersalah didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana salah guna kuasa.


Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), S. Thangavelu menawarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.


Thangavelu turut memberitahu mahkamah bahawa tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis dengan empat tuduhan melakukan tuntutan palsu bagi mendapatkan rawatan kecantikan.


Ketika memohon untuk mengurangkan jumlah denda yang dikenakan, peguam suspek, Cheow Wee mengemukakan jumlah tuntutan palsu yang terlibat adalah bernilai RM43,000 dan suspek memberikan kerjasama sepanjang tempoh siasatan.


Kata Cheow, Md. Shamsuri mempunyai seorang anak berusia tujuh tahun dan mengalami masalah kesihatan melibatkan hati, buah pinggang dan glaukoma.


Hakim Azura Alwi kemudiannya mengekalkan jumlah wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mei ini untuk sebutan bagi mengemukakan dokumen yang berkaitan.


Md Shamsuri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis atas tuduhan memalsukan tuntutan rawatan kecantikan berjumlah RM18,580.


Suspek didakwa menggunakan tiga kad kredit dan tuntutan peribadi yang mengandungi maklumat palsu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan