Mahkamah Benarkan Perkasa Mencelah Kes Zakir Naik

Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sebagai pencelah dalam kes sivil yang dikemukakan 19 individu terhadap pendakwah terkemuka Dr Zakir Naik yang didakwa menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Kamaludin Md. Said membenarkan permohonan Ibrahim pada Selasa.

Kata Ibrahim, beliau mahu mempertahankan Zakir memandangkan pendakwah kelahiran India itu diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah menerima pelbagai anugerah melalui penyampaian ceramah serta khidmatnya terhadap Islam.

Peguam Ibrahim, Adnan Seman memberitahu wartawan, hakim membenarkan permohonan itu selepas mendengar permintaan Perkasa selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melindungi Islam sebagai agama persekutuan dan mempunyai locus standi (hak untuk hadir dan didengar) bagi campur tangan dalam perkara itu.

Tambah Adnan, beliau meminta mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan supaya plaintif tidak membantah campur tangan tersebut dan menyerahkan kes itu kepada budi bicara mahkamah.

Sementara itu, peguam Persekutuan, Haryati Ahmad berkata, hakim telah menetapkan 20 Julai ini untuk pengurusan kes.

Peguam yang mewakili plaintif, S. Kavittha dan Adnan berkata, hakim juga telah menetapkan 13 Jun ini untuk pencelah dan defendan membalas sokongan afidavit yang difailkan 19 rakyat Malaysia itu.

Dalam tindakan undang-undang yang difailkan pada 1 Mac lalu, plaintif telah menyaman kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Zakir adalah ancaman kepada ketenteraman awam, perpaduan dan keamanan negara.

Antara plaintif yang terlibat adalah Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy, aktivis Dr. Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan peguam Siti Zabedah Kassim.

Plaintif memohon perintah mahkamah untuk segera membatalkan status pemastautin tetap Zakir dan mengeluarkan perintah agar penceramah itu diusir serta menghalang beliau daripada memasuki negara ini walaupun sebagai pelancong.

Plaintif turut memohon perintah mahkamah mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) untuk menangkap Zakir dengan segera.

Plaintif telah menamakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, KPN dan kerajaan sebagai defendan.

Yayasan Penyelidikan Islam Dr. Zakir telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang oleh kerajaan India.

Surat waran tangkap kedua dikeluarkan oleh India baru-baru ini atas tuduhan peranan Zakir yang didakwa terlibat dalam kes keganasan.


Tags / Kata Kunci: Perkasa , Ibrahim Ali , Zakir Naik

iklan

Video

Khamis, 22 Jun 2017 3:00 PM

EKSKLUSIF! Wany Hasrita Cinta Eric Fuzi?

Khamis, 22 Jun 2017 12:12 PM

Sharifah Amani Pantang Kena Tegur?

Khamis, 22 Jun 2017 9:00 AM

Sayu... Air Mata Kerinduan Ir Radzi

Rabu, 21 Jun 2017 3:00 PM

Zul Ariffin Nak Balas Dendam?

Rabu, 21 Jun 2017 12:05 PM

Wow! Fauziah Latiff Masih 'Hot'

Rabu, 21 Jun 2017 9:30 AM

Bella Nazari Pernah Buat 'Kerja Gila'

Selasa, 20 Jun 2017 3:00 PM

Fathia Latiff Mangsa Komen Lucah

Selasa, 20 Jun 2017 12:00 PM

Kesiannya... Tajul Kesepian

Selasa, 20 Jun 2017 9:25 AM

Abam 'Recycle' Baju Raya

Kolumnis

iklan

Iklan