Mahkamah Tolak Saman 492 Peneroka Terhadap Felda

Diterbitkan: Khamis, 27 April 2017 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan 492 peneroka gugusan Felda Bera terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan sebuah anak syarikatnya, atas dakwaan penipuan dan pecah amanah.

Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif gagal membuktikan dakwaan mereka dan tiada keterangan yang boleh menyokong dakwaan itu.

Beliau juga memerintahkan plaintif untuk membayar RM405,500 sebagai kos ganti rugi kepada  defendan, dan daripada jumlah itu, 319 peneroka perlu membayar RM1,000 manakala RM500 perlu dibayar oleh 173 yang menarik semula saman.

Pada September 2011, plaintif  dari sembilan tanah rancangan Felda gugusan Bera memfailkan saman terhadap Felda dan Felda Palm Industries kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

Pada prosiding itu, defendan diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala peguam Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman mewakili plaintif. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Peneroka Felda , mahkamah tolak saman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan