21 Jun Pengurusan Kes Saman Najib Dan Rosmah Terhadap Rafizi

Diterbitkan: Rabu, 26 April 2017 3:38 PM

Mohd Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 21 Jun bagi satu lagi pengurusan kes saman fitnah difailkan  Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Naib Presiden PKR  Mohd Rafizi Ramli dan seorang pemilik portal berita berhubung subsidi minyak.

Pesuruhjaya Kehakiman  Rohani Ismail menetapkan  tarikh itu di dalam kamar  selepas saman itu dikemukakan untuk pengurusan kes oleh  peguam Nor Emelia Iszeham yang mewakili Najib dan Rosmah.

Turut hadir peguam  Ng Siau Sun yang mewakili  Mohd Rafizi dan peguam Joanne Leong  mewakili pemilik portal 'Media Rakyat'  Chan Chee Kong.

Nor Emelia memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan tarikh itu untuk pengurusan kes selanjutnya  bagi memberikan perkembangan terkini berhubung permohonan bagi kebenaran merayu oleh kedua-dua defendan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak pembelaan mereka bahawa ia  adalah komen yang adil.

“Permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan akan didengar pada 20 Jun,” katanya.

Pada 29 November tahun lepas,  Najib dan isterinya berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembelaan defendan bahawa ia merupakan komen yang adil, dalam saman fitnah mereka berhubung subsidi minyak.

Najib dan Rosmah memfailkan saman itu pada 16  April, 2015 mendakwa  Mohd Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan telah mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan mereka pada satu forum tentang subsidi minyak di  Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, pada 22  November, 2014.

Mereka mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakamkan oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chan atau pembantunya di YouTube dan portal itu.

Mereka juga mendakwa Chan telah berkongsi rakaman itu di dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Mereka berkata Chan telah gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dengan tidak mengesahkan atau menyiasat kesahihan tuduhan-tuduhan di dalam  kenyataan itu sebelum menyiarkannya.

Pasangan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah dan kos.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan