Geng 24: Tempoh Reman 18 Suspek Disambung Tiga Hari

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seramai 18 individu termasuk 13 pelajar disambung reman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan penglibatan mereka dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Majistret Nor Asma Ahmad mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap kesemua suspek yang sebelum ini direman selama empat hari yang berakhir pada Isnin.

Kesemua 18 individu yang disambung reman itu berusia 16 hingga 25 tahun dan ada antara mereka bekerja sebagai mekanik dan pengawal keselamatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan kesemua mereka diwakili peguam Gerard Lazarus.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dilapor berkata kesemua mereka ditahan di sekitar Klang dalam operasi Cantas Khas minggu lepas sebaik sahaja rakaman video menunjukkan mereka menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah menjadi tular di media sosial.

Fadzil berkata video itu antara lain menunjukkan sekumpulan lelaki membawa sepanduk yang tertera angka ''24'' dan dalam kalangan mereka ada yang berpakaian dengan lambang swastika yang berunsurkan kongsi gelap. 

Terdahulu, berlaku sedikit kekecohan antara petugas media dan keluarga suspek di luar perkarangan mahkamah yang mana ada antara mereka memarahi dan cuba menghalau petugas media daripada membuat liputan kes reman itu .- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Geng 24

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan