Gagal Bayar Cukai Pendapatan Nelydia Senrose Dikenakan Waran Tangkap

Diterbitkan: Jumaat, 21 April 2017 7:16 PM

Nelydia gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) LHDN bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose bernasib tidak baik apabila mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana tidak hadir bagi menghadapi tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Gambar yang dimuat naik Nelydia di Instagram tiga hari lalu.

Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen gagal mengemukakan Borang B bagi lima tahun taksiran iaitu tahun taksiran bermula 2009 hingga 2013.

Selain itu Nelydia, 23, turut berhadapan satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDNM.

Peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya memohon perintah waran tangkap dikeluarkan terhadap Nelydia selepas gagal hadir sesi sebutan kes pada 12 April lalu.

Saman dikeluarkan terhadap tertuduh pada 11 April.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Majistret P. Sarulatha menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh baharu sebutan kes berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Nelydia Senrose

iklan

Video

Isnin, 24 April 2017 11:40 AM

Ribut, Hujan Batu Melanda Guandong

Jumaat, 21 April 2017 6:00 PM

Pasir Dan Emas Rupanya Sesuai Bersama

Jumaat, 21 April 2017 4:51 PM

Salman Khan Hentikan Acara Untuk Hormati Azan

Jumaat, 21 April 2017 4:30 PM

Julia Perez Semakin Kritikal

Jumaat, 21 April 2017 11:38 AM

Berbaju Pengantin Di Sisi Keranda Suami

Khamis, 20 April 2017 5:30 PM

Naja Bollywood Dilamar Komposer Janam Janam

Khamis, 20 April 2017 4:30 PM

Hefny Sahad 'Tapau' Semua

Kolumnis

iklan

Iklan