Pegawai Imigresen Didakwa Rogol Wanita Thailand

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Seorang pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan masing-masing merogol, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan mengugut seorang wanita warga Thailand, bulan lepas.

Frankie Chua Siong Kiat, 30, menghadapi pertuduhan merogol wanita itu mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara minimum lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan sekiranya sabit kesalahan.

Tertuduh turut menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii iaitu melakukan oral seks, dan didakwa menurut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap wanita tersebut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Siong Kiat didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 tengah hari hingga 1.15 tengah hari di tempat dan tarikh yang sama iaitu di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini, pada 9 Mac lepas.

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membenarkan jaminan RM12,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta menetapkan 8 dan 9 Mei depan untuk mengambil keterangan mangsa juga melantik jurubahasa Thai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin manakala tertuduh diwakili peguam Rengganathan Abdullah.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Imigresen , Thailand

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan