Peniaga Pasar Malam Rancang Bom Tokong, Kelab Malam Dipenjara Tiga Tahun

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 2:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga pasar malam dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, kerana membuat persediaan untuk melakukan serangan bom ke atas tokong dan kelab-kelab malam di Johor Baharu, tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Jasanizam Rosni, 33, yang menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula pada Isnin.

Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes itu. Mahkamah memerintahkan Jasanizam menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Ogos 2016.

Dalam penghakimannya Azman berkata perbuatan tertuduh yang merancang untuk menyerang kelab-kelab malam yang disifatkan tempat maksiat untuk menghukum mereka yang mengunjungi tempat seumpama itu adalah tidak wajar.

"Kalau kita nak menghukum orang dengan bom dan sebagainya, itu asasnya silap. Saya percaya ramai manusia yang masa mudanya ''hebat'' (mengunjungi kelab malam) dan bila tua berubah (menjadi lebih baik). Tak perlu anggap tempat itu perlu dibom," katanya.

Jasanizam mengaku bersalah melibatkan diri dalam persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas iaitu bagi melakukan serangan ke atas tokong dan kelab-kelab malam di Johor Bahru.

Dia melakukan perbuatan itu di sebuah rumah, di Kampung Parit Gantung, Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat pada Jun hingga 9 Ogos 2016 mengikut Seksyen 130JD (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Berdasarkan fakta kes, Jasanizam telah merancang melakukan perbuatan pengganas itu apabila seorang individu dikenali sebagai Muhammad Wanndy Mohamed Jedi telah mengarahkannya mengambil sebiji bom tangan dari seorang lelaki bernama Jonius Ondie untuk serangan di Johor.

Tertuduh juga telah menemui tiga lagi lelaki iaitu Md Saifuddin Muji, Imam Wahyudin Karjono dan Sogon dan telah dimaklumkan oleh Md Saifuddin bom itu akan digunakan untuk meletupkan tempat maksiat dan mereka mempelajari cara menggunakan bom menerusi laman sesawang YouTube.

Tertuduh dan Md Saifuddin turut merancang sasaran tokong dan kelab malam di Johor untuk dibom selepas mengetahui Sogon dan Imam Wahyudin berjaya meletupkan kelab malam Movida di Puchong.

Lelaki itu juga ada memberitahu mahu menyimpan bom itu di rumah sewa Md Saifuddin namun Md Saifuddin membantah dan menanam bom itu di bawah pokok kelapa di kampungnya di Rengit, Johor Baharu.

Terdahulu ketika rayuan tertuduh yang diwakili peguam Mohd Ruzaini Zulkifli memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan peranan yang dimainkan tertuduh dalam kes itu adalah kecil.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira keseriusan tertuduh yang membuat persediaan untuk menyerang tokong dan kelab malam dengan menggunakan bom.

"Walaupun fakta kes menunjukkan peranan tertuduh adalah minimal, tetapi tertuduh membawa bom, jika bom itu tidak dijumpai, kemungkinan kes pengeboman seperti di kelab malam Movida, Puchong akan berulang," katanya.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Jasanizam Rosni , bom

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan