Tempoh Reman Bookie Berakhir

Diterbitkan: Isnin, 17 April 2017 2:16 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bookie yang direman sejak 7 April lepas berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana membabitkan kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA), dibebaskan pada Isnin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 49 tahun itu dibebaskan dengan jaminan tunai RM60,000 dan seorang penjamin.

Lelaki itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 April lalu selepas didakwa menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab itu untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana musim ini.

Tiga pemain kelab tersebut termasuk seorang pemain import Argentina turut ditahan reman selama tujuh hari bermula 6 April dan dibebaskan pada 12 April lepas, manakala reman terhadap bookie terbabit disambung selama lima hari lagi sehingga Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.

Menurut sumber, siasatan awal sebelum ini mendapati pemain berkenaan menerima antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk mengatur perlawanan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bookie

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan