Zunar Dapat Kebenaran Cabar Perintah Imigresen

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 6:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan kartunis, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque untuk mencabar perintah Jabatan Imigresen Malaysia yang melarangnya ke luar negara.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas menolak bantahan dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan Zunar bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.

Hakim itu membuat keputusan berkenaan di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam N. Surendran dan Latheefa Koya mewakili Zunar manakala Peguam Kanan Persekutuan Mohamad Rizal Fadzil mewakili Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Surendran ketika ditemui pemberita berkata kes itu akan didengar untuk permohonan semakan kehakiman. Namun, tiada tarikh pendengaran ditetapkan oleh mahkamah.

Pada 7 Disember 2016, Zunar selaku pemohon, memohon perintah certiorari untuk membatalkan arahan sekatan perjalanan oleh responden terhadapnya yang dimaklumkan secara lisan pada 17 Oktober 2016.

Beliau memohon perintah deklarasi bahawa sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya melanggar Perkara 5(1), Perkara 8 dan/atau Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, ia terbatal, tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Zunar juga memohon perintah mandamus daripada mahkamah untuk mengarahkan kesemua responden membenarkannya ke luar negara tanpa sekatan.

Zunar berkata beliau dihalang oleh pegawai imigresen ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 17 Oktober 2016 untuk ke Singapura bagi menghadiri forum di sebuah universiti di sana.

Tags / Kata Kunci: Zunar

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan