Kes Basikal: Pendakwa Minta Tangguh, Laporan Belum Siap

Diterbitkan: Khamis, 13 April 2017 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret Trafik di sini menetapkan 17 Mei ini untuk sebutan semula bagi pengurusan kes membabitkan seorang jurujual wanita didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, 18 Februari lepas.

Majistret Salina Omar menetapkan tarikh tersebut bagi serahan dokumen selepas menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir berikutan laporan forensik yang belum siap sepenuhnya.

Dalam prosiding hari ini, Muhammad memohon mahkamah tempoh empat minggu lagi untuk serahan dokumen memandangkan terdapat beberapa lagi dokumen belum diperolehi pihak pendakwaan termasuk laporan forensik.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili tertuduh, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon, bersetuju.

Terdahulu, tertuduh, Sam Ke Ting, 22, tiba di mahkamah berkenaan kira-kira 9 pagi tadi untuk sebutan semula kes bagi pengurusan kes yang ditetapkan pada Khamis.

Pada 28 Mac lalu, wanita itu dihadapkan ke mahkamah sama dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja lelaki, pada 3.20 pagi, di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, 18 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000, jika sabit kesalahan.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Sam Ke Ting , Jalan Lingkaran Dalam

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan