Juruterbang Warga Malaysia Mengaku Rogol Wanita Australia

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 12:36 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang juruterbang warga Malaysia didapati bersalah kerana berulang kali merogol seorang wanita selepas memecah masuk ke rumahnya di Perth, Australia, lebih 20 tahun lalu.

Menurut portal berita Perth Now, Alfred Gerard Eravelly, 50, memecah masuk ke rumah mangsa di Scarborough pada awal pagi 9 Mac 1996 dengan memotong jaring lalat yang dipasang di tingkap bilik airnya.

Dengan memakai sarung kaki di kepalanya, dia mengikat dan merogol mangsa.

Namun dia meninggalkan sampel DNA yang kemudiannya dianalisis dan membawa kepada penahanan juruterbang itu.

Eravelly ditahan sebaik sahaja dia mendarat di Sydney, Australia dari Malaysia pada Februari tahun lalu.

Dia kemudiannya diekstradisi ke Perth.

Dia didakwa atas lima pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual tanpa kerelaan dan satu tuduhan masing-masing bagi kesalahan pecah rumah, penahanan menyalahi undang-undang dan mendatangkan kecederaan.

Eravelly kemudiannya kembali ke Malaysia di mana dia menjadi juruterbang pesawat.

Menurut Perth Now, pendakwa Sean Dworcan memberitahu mahkamah bahawa Eravelly tinggal kurang 2 kilometer dari kediaman wanita tersebut.

Semasa kejadian, Eravelly merupakan seorang pelajar di sekolah penerbangan yang kesempitan wang.

Dworcan berkata Eravelly memberitahu detektif dalam soal siasat awal bahawa dia mahu memberitahu apa yang berlaku tetapi percakapan itu tidak boleh dirakam dalam pita video.

Eravelly mendakwa bercinta dengan wanita itu yang ditemui di sebuah bar dan melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka.

Suspek turut mendakwa sering mengintai mangsa melalui tingkap.

Hubungan mereka mulai keruh apabila Eravelly dilaporkan cuba memeras ugut wanita itu untuk mendapatkan wang.

Perbicaraan yang berlangsung selama enam hari di Mahkamah Daerah di Barat Australia itu menyaksikan Eravelly mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Hukuman ke atas suspek ditetapkan pada 22 Jun ini.

Tags / Kata Kunci: juruterbang , rogo , Australia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan