Skandal Tanah: Datuk Seri, Anak Dibawa Ke Mahkamah Untuk Perintah Reman

Diterbitkan: Rabu, 12 April 2017 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 74 tahun bersama anaknya, 47, dibawa ke mahkamah di sini kira-kira pukul 10.50 pagi untuk mendapatkan perintah reman.

Kedua-dua suspek yang menjalankan syarikat pembangunan hartanah didakwa terlibat dalam skandal penjualan tanah tanpa melalui prosedur yang betul menyebabkan kerugian besar kepada anak syarikat yayasan.

Datuk Seri berusia 74 tahun itu yang juga penasihat syarikat pemaju tersebut ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, manakala anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penahanan kedua beranak itu susulan SPRM menahan seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac lalu kerana disyaki salah guna kuasa.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Tags / Kata Kunci: SPRM , perintah reman , skandal tanah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan