Dua Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Sokong Daesh

Diterbitkan: Selasa, 11 April 2017 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua peniaga masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, atas dua pertuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan militan Daesh.

Hizmi Razli Abdul Rahim, 33, dan Tengku Shukri Che Engku Hashim, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Hari ini (Selasa) merupakan sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi selepas ia dipindahkan dari Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan.

Kes-kes melibatkan pengganas akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagi pertuduhan pertama, Hizmi Razli dan Tengku Shukri masing-masing didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh melalui aplikasi Telegram Kumpulan 'Gagak Hitam'.

Hizmi Razli dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Pulau Kapas, Kota Bharu, Kelantan pada kira-kira 12.37 tengah malam, 30 Mac lalu, manakala Tengku Shukri didakwa melakukannya di Taman Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan, pada kira-kira 5.08 petang, tarikh sama. 

Bagi pertuduhan kedua, Hizmi Razli dan Tengku Shukri masing-masing didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niatuntuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi, dan perbuatan itu boleh dianggap diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram Kumpulan 'amanah (phb) vs pas'.

Hizmi Razli dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Pulau Kapas pada kira-kira 3.32 pagi, 28 Jun 2016, manakala Tengku Shukri di Taman Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kelantan antara pukul 3.18 pagi dan 11.27 malam, tarikh sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130J(1)(b) kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 30 tahun atau dengan denda dan hendaklah dirampas mana-manaharta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Hazrin Alif Wahab.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Militan Daesh , peniaga , tidak bersalah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan