Pembantu Kedai Didakwa Sokong, Miliki Bahan Berkaitan Pengganas

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Azizi Abdullah, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Nordin Hassan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Mahkamah menetapkan 25 April untuk sebutan semula kes.

Tertuduh didakwa memberikan sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi yang dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam menerusi aplikasi telegram di dalam telefon bimbit miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di F15, Kampung Baru Lubok Buntar, Serdang, Bandar Baharu, Serdang, Kedah antara 25 Mac hingga 29 Jun 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memiliki bahan-bahan yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbitnya di tempat dan pada tarikh sama.

Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item tersebut, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: Daesh , Azizi Abdullah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan