Bicara Kes Saman Anwar Terhadap TV3, 10 Julai Ini

Diterbitkan: Isnin, 10 April 2017 12:35 PM

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menetapkan empat hari bermula 10 Julai untuk perbicaraan kes saman bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap TV3 berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Perkara itu dimaklumkan peguam Lim Qi Shi kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail yang turut dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin, mewakili Anwar.

Lim mewakili TV3 dan dua defendan lain iaitu Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama Ing Boon Seng.

Lim berkata mahkamah menetapkan 10 hingga 13 Julai untuk perbicaraan dan 15 Jun bagi pengurusan kes dan kedua-dua pihak juga perlu memfailkan pernyataan saksi mereka untuk digunakan dalam perbicaraan sebelum atau pada 15 Jun.

Pada 8 Mac 2013, Anwar memfailkan saman dengan mendakwa Utusan Melayu (M) Bhd menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan artikel di muka surat sembilan bertajuk 'Tiga kumpulan menjadi dalang' bertarikh 2 Mac 2013.

Dalam pernyataan tuntutannya, bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa TV3, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu.

Pada 5 Oktober 2016, Anwar berjaya menyelesaikan kes saman itu terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Anwar Ibrahim , TV3

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan