Vanidah Imran Gagal Selesai Kes Saman Syarikat Kosmetik

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 3:18 PM

Vanidah Imran

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman pelakon Vanidah Imran terhadap syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra atas dakwaan melanggar kontrak dan menggunakan imej pelakon itu secara salah, gagal diselesaikan secara mediasi pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mohamad Saiful Dzulhelmi Zulkifli mewakili Vanidah kepada pemberita selepas mediasi kes saman di hadapan Pengarah Pusat Mediasi Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim di Pusat Mediasi di sini, Jumaat.

Mohamad Saiful berkata kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat untuk penyelesaian kes dan ia akan diteruskan dengan perbicaraan selama tiga hari bermula 11 April.

Peguam itu berkata Vanidah selaku plaintif akan memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Roszianayati Ahmad.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Rina Chew mewakili Miliyasutra Industries Sdn Bhd selaku defendan. Bagaimanapun, Vanidah dan wakil daripada syarikat itu tidak hadir.

Vanidah yang turut dikenali sebagai Vee memfailkan saman pada 28 Okktober 2016 antara lainnya menuntut ganti rugi sebanyak RM765,000 atas dakwaan syarikat itu telah melanggar kontrak dan menggunakan imejnya secara salah.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa beliau telah menandatangani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutra sekitar September 2012 bagi tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh berkenaan, pelakon utama filem 'The Red Kebaya' itu telah melunaskan tanggungjawabnya tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Vanidah mendakwa sehingga kontrak tersebut tamat pada September 2014, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangkan bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesaian penuh.

Pelakon itu mendakwa sekitar Julai 2016, beliau mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barang kosmetik jenama Ronasutra sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput dan penggunaan gambarnya masih berlanjutan sehingga sekarang.

Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000 dan RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai.  -- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Vanidah Imran

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan