'Tan Sri' Cuba Rasuah Sultan Johor Dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 11:57 AM

SUSPEK yang cuba merasuah Sultan Johor, menutup muka ketika diiringi oleh pegawai SPRM.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang lelaki bergelar 'Tan Sri' yang didakwa menawarkan rasuah berjumlah RM2 juta kepada Sultan Johor, dibebaskan dengan ikat jamin selepas direman selama lapan hari untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan ahli perniagaan berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dan satu lagi ikat jamin bernilai RM150,000 dengan penjamin.

Lelaki berkenaan tiba di mahkamah di sini pada pukul 9.20 pagi Jumaat diiringi oleh pegawai SPRM.

Turut hadir ke mahkamah adalah peguam lelaki itu, Datuk K. Kumaraendran.

'Tan Sri' itu ditahan selepas menyerah diri kepada pihak SPRM di Putrajaya pada minggu lalu.

Ia susulan pendedahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mendakwa, baginda ditawarkan wang sebanyak RM2 juta untuk memberikan gelaran Tan Sri.

Difahamkan, SPRM menyiasat dakwaan Sultan Ibrahim, melibatkan lelaki berkenaan yang dipercayai sebagai 'broker' untuk mendapatkan gelaran diraja selain menyiasat punca pendapatan suspek.

Tags / Kata Kunci: Sultan Johor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan