Remaja Indonesia Didakwa Sogok Anggota PGA

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 2:54 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang remaja lelaki warga Indonesia pada Jumaat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menawarkan suapan RM25,000 kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos PGA Wallace Bay, Pulau Sebatik, di sini, minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Syamsul Mudassir, 18, selepas petuduhan dibacakan di hadapan Hakim Egusra Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh, seorang pelajar madrasah di Indonesia, menawarkan suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga lelaki warga Indonesia yang ditahan kerana cuba menyeludup tong gas yang merupakan barangan kawalan berjadual.

Syamsul didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 7.30 pagi di jeti Pos Kawalan Batalion 14 PGA Wallace Bay.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Rozanna Abd Hadi manakala tertuduh diwakili peguam Gani Zeliki.

Pada 27 Mac lepas, PGA Tawau menggagalkan satu cuba seludup keluar 307 tong gas memasak dipercayai ke Nunukan, Indonesia selepas menahan tiga lelaki dalam sebuah bot jongkong yang diiringi oleh sebuah bot laju pada pukul 2.30 pagi di perairan Sungai Serundung.

Susulan penahanan itu, tertuduh datang ke pos PGA itu pada pukul 7.15 pagi dan memperkenalkan diri sebagai anak kepada pemilik bot jongkong itu sebelum cuba memberi sogokan kepada anggota keselamatan yang bertugas.

Tags / Kata Kunci: Rasuah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan