1MDB: Rayuan Rafizi Didengar 9 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 12:23 PM

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar pada 9 Ogos rayuan anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli terhadap hukuman penjara 18 bulan kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penolong Kanan Pendaftar Asfahani Hamzah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya pada Selasa dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Izwan Ariff Ibrahim dan peguam Haijan Omar yang mewakili Mohd Rafizi.

Izwan Ariff ketika ditemui pemberita berkata kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Pada 14 November tahun lepas, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Rafizi yang menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Bagaimanapun Hakim Zulqarnain Hassan yang memerintahkan hukuman itu berjalan serentak, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan Mohd Rafizi didengar di Mahkamah Tinggi.

Naib Presiden PKR itu didapati bersalah memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Mohd Rafizi, 40, turut didapati bersalah mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac 2016, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Rafizi Ramli

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan