Pegawai Perhilitan Hadapi Enam Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 12:32 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000, dua tahun lepas.

Ketua Penolong Pengarah Perhilitan, A'zman Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima RM2,000, RM3,000, RM1,000, RM1,000, RM2,000 dan RM1,000 daripada Omri Omar menerusi transaksi dalam talian di Maybank cawangan Rahang di sini, antara 15 April hingga 19 Oktober 2015.

Suapan tersebut bagi mempercepatkan proses kelulusan tuntutan bayaran bulanan dikemukakan syarikat SSMY Sutera Enterprise bagi perkhidmatan mencuci dan membersih bangunan pejabat Perhilitan di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.

A'zman didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurdiyanah Mohd Nawawi memohon mahkamah menawarkan jaminan RM60,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh dalam rayuannya melalui peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan rendah memandangkan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan empat anak yang masih bersekolah.

Hakim Fathiyah Idris bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Mei ini. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: SPRM , Perhilitan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan