Kendali Harta Pengganas, Jurulatih Kayak Dipenjara Enam Tahun

Diterbitkan: Selasa, 4 April 2017 2:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih kayak dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengendalikan secara tidak langsung harta pengganas yang bernama Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Jazrin Mohamad Azaha, 23, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 18 Mei 2016.

Dalam penghakimannya Ab Karim berkata walaupun tertuduh mengendalikan harta itu secara tidak sengaja ia tetap satu kesalahan serius memandangkan perbuatan itu telah membantu aktiviti pengganas.

"Tindakan awak benarkan Wanndy gunakan akaun awak inilah yang dikatakan menguruskan harta pengganas, perbuatan awak boleh menggalakkan pengganas terus jalankan aktiviti keganasan, kesalahan ini juga serius dan wajar dikenakan hukuman penjara," katanya.

Mohamad Jazrin telah membenarkan kemasukan wang sebanyak RM1,990 ke dalam akaun RHB Bank bagi manfaat pengganas di RHB Bank, Jalan Tasik, Gopeng, Kampar, Perak antara 30 Januari hingga 6 Februari 2016.

Mohamad Jazrin yang kelihatan tenang ketika mahkamah menjatuhkan hukuman itu didakwa mengikut Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama iaitu penjara tidak kurang 20 tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana harta itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Islamic State (IS) bernama Wanndy melalui aplikasi 'Facebook' atas nama Abu Jazrin/Mohamad Jazrin sejak awal 2015.

Mereka berhubung secara terus menggunakan aplikasi 'WhatsApp' daripada telefon bimbit tertuduh.

Pada pertengahan Januari 2016, tertuduh telah bersetuju dengan permintaan Wanndy supaya akaun bank miliknya digunakan sebagai akaun simpanan wang derma (infaq).

Tertuduh telah menerima kemasukan wang secara berperingkat dan pada 10 Februari 2016, tertuduh memasukkan wang berjumlah RM2,000 ke dalam akaun Public Bank milik seorang individu bernama Gulam Aman selepas menerima pesanan daripada Wanndy.

Peguam P.A. Sharon yang mewakili Mohamad Jazrin dalam rayuannya memohon hukuman penjara yang ringan kerana anak guamnya telah insaf dan sedang mempelajari ilmu agama semasa di dalam penjara.

"Anak guam saya ingin kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin, dia juga masih muda dan mempunyai peluang untuk perbaiki masa depannya," katanya.

Katanya anak guamnya juga telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang tempoh penahanannya sehingga tertangkap beberapa tertuduh yang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias memohon hukuman yang berbentuk pengajaran bagi mengekang penularan aktiviti keganasan di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan