Rasuah: Pegawai Polis, Warga Bangladesh Direman Seminggu

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan lelaki warga Bangladesh direman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang suapan daripada seorang pengusaha restoran bagi membebaskan pekerjanya yang ditahan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Menurut sumber SPRM pada Selasa lalu, lelaki warga Bangladesh berkenaan telah pergi ke rumah pengadu (pemilik restoran) bagi memohon suapan bernilai RM5,000 untuk diberikan kepada pegawai polis itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, sebagai dorongan untuk membebaskan pekerja pengadu yang ditahan atas kesalahan tiada permit kerja yang sah.

Tambahnya, kedua-dua mereka kemudian ditahan oleh SPRM kira-kira pukul 6 petang Rabu, di Taman Prima Selayang, Batu Caves dekat sini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: rasuah , pegawai polis

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan