Pemegang Amanah Yayasan Bumiputera Bergelar 'Datuk' Direman SPRM

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 12:21 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pemegang amanah sebuah yayasan berkepentingan Bumiputera bergelar 'Datuk' direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi disiasat atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri.

Perintah reman selama lima hari itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid di sini, Khamis.

Datuk yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga diiringi pegawai SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira 10.30 pagi.

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 70 tahun itu yang juga seorang ahli perniagaan ditahan SPRM pada kira-kira 8.30 malam tadi di sini.

Usahawan terkemuka ini juga masih dan pernah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan selaku pengerusi dan ahli lembaga pengarah pelbagai syarikat dan organisasi dalam pelbagai bidang termasuk permotoran, sukan, pelancongan dan industri pengeluaran.

Menurut sumber, perbuatan Datuk itu dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lepas.

Beliau dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan itu kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan harga jauh lebih rendah daripada harga asal tanpa melalui proses dan tatacara yang telah ditetapkan oleh anak syarikat yayasan berkenaan.

Selain itu, Datuk berkenaan yang merupakan pemegang amanah dan pengarah dalam anak syarikat yayasan itu disyaki membuat keputusan untuk menjual tanah-tanah berkenaan tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat yayasan.

Beliau dipercayai akan mendapat sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai tanah yang dijual sebagai habuan.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Kompleks Mahkamah Pulau Pinang

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan